Petikan daripada post asal di http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=39249&page=257

 

 

Sudah sampai ke CG rupanya… bagus.. sekurang-kurang tidak la semua bermuram terutama ahli2 MPSB yang ditimpa malapetaka yang semua harap bersifat sementara.

PKU ni memang pet projek saya dan rakan-rakan seperjuangan dan kita memang ambil risiko untuk start benda ni setelah mendapat lesen niaga yang sah. Lesen tersebut ditubuh pada tahun 1965 oleh Orang Inggeris ketika itu dan ditinggalkan kepada seorang Cina di Serawak sebelum dibeli oleh Dr Nordin. Akta tubuh syarikat ini membolehkan dia beroperasi seakan bank dengan 44 akta pengurusan kewangan sedunia dan membuatkan program kami tidak salah disisi undang undang.

Adalah bijak untuk anda tidak samakan CITILOAN dengan program yang ditawarkan oleh Syarikat SDN BHD biasa atau koperasi kerana kebanyakan tidak akan boleh diwar-war kepada masyarakat umum walau apa cara sekalipun. Mungkin boleh secara sembunyi semasa dana belum berbaloi disekat akan dibiarkan dahulu. Tapi amanah pembahagian harta kepada ummah ini tidak boleh kami lakukan secara bersembunyi.

Amanah program ini MESTI dibahagi samarata kepada semua orang yang rasa dirinya layak tidak mengira pangkat dan status dan juga jawatan dalam syarikat yang menguruskan. Dengan erti kata lain, dari Dana ini, bos sendiri pun hanya terima 500rm. Cuma 2000rm yuran ini sahaja boleh digunakan oleh syarikat.

Lama kami mencari cara untuk membahagikan keuntungan dari perniagaan dana milik orang islam nusantara sehinggalah bos Dr Nordin jumpa lesen niaga CITILOAN & MORTGAGE yang mana membolehkan kami mengusahakan projek ini secara sah dan menyempurnakan amanah keturunan beliau kepada semua yang berhak.

Yang saya maksudkan kami itu adalah serpihan dari kumpulan Dreamkaya yang mempunyai daya juang dan merungkai cara penyelesaian dari politik dan persefahaman. Walaupun ketiadaan tonggak utama Amir Hassan kami teruskan dengan kudrat yang ada untuk meneruskan kesinambungan rancangan gagasan DREAMKAYA international.

PKummah atau Pejuang Komuniti Ummah adalah seperti Dreamkaya dahulu dan CITILOAN ada lah satu syarikat yang kami pilih sebagai kunci sepertimana SWISSCASH ketika itu. Kami berharap wakil kami ada di serata tempat di Nusantara dan Dunia. Bagi kami tiada Malaysia, Tiada Brunei, Tiada Indonesia, semuanya Nusantara.
Untuk peringkat awal kami bermula utk Malaysia dan Brunei dahulu disamping melihat kebarangkalian pengurusan juga bisa sampai ke Indonesia jika ada izin.

Saya dan team sedaya upaya mempercepatkan proses yang ada. Tidak sangka hanya terlepas pada 4 leader MPSB malam itu sudah ada lebih 600 ahli dalam masa 2 minggu!

Kami mengambil jalan tengah keluar dari pengaruh kerajaan dan politik dan terus kepada golongan sasar. Plan pemasaran kami gubah hanya utk mempercepatkan dana ini sampai kepada golongan sasar. Supaya mereka yang membantu mendapat upah setimpal dan boleh membantu menebus hak orang yang betul betul memerlukan. Setengah orang 500rm sebulan bukan besar tapi besar bagi mereka yang amat memerlukan.

Saya menghormati kepada yang bijak pandai, sila datang sebagai wakil kumpulan untuk buat penyelikan dan penilaian masing masing secara terperinci. Tugas ini amat berat kami memang memerlukan ramai lagi team utk sama sama berjuang dan menetapkan dasar juang kita sendiri.

Kalau ada kepincangan saya harap diperbetulkan dengan berhikmah. Semasa bermula , kami sudah tahu akan terjadi kontroversi dan tentangan dari ramai pihak. Timbul tanda tanya itu sudah semestinya.

Tetapi kami mendapat alamat… EMAS, MASANYA SUDAH TIBA.

__________________
Owner http://www.silapbesar.com